Wednesday, January 25, 2012

| AMANAH DUA BELAS MINGGU, DIRIMU PASTI BAHAGIA DI SANA|

repot ketua mata2 oleh cik indie at 5:54 PM 0 repot dari mata2

Alhamdulillahirabbil'alamin.


Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.


Betapa indahnya susunan ayat al-quran, ayat terawal di dalam al-Quran mengajar kita untuk bersyukur dan memuji Pencipta yang satu atas jutaan nikmat yang tak terhitung selama kita menghirup oksigen di bumi milikNya ini. Namun, kita manusia yang alpa, sering sahaja lupa untuk bersyukur dan berterima kasih sedangkan kita tidak punya apa pun kerana semuanya milik Allah jua,Sejujurnya, saya tidak tahu untuk bermula di mana. Saya cuma terlintas untuk berkongsi satu lagi pengalaman hidup yang amat berharga yang tidak pernah terlintas saya akan melaluinya. Sebelum itu, saya pohon maaf andai ada bait kata-kata yang kurang menyenangkan atau perkongsian ini kelihatan tidak wajar atau sesuai untuk dikongsikan. Ini hanya sekadar perkongsian pengalaman peribadi dan semoga ia bermanfaat buat yang lain.


Setelah kehilangan sekitar November yang lalu, doktor telah berpesan kepada kami untuk menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya untuk 3 bulan lagi bagi memulihkan semula rahim. Andai kehamilan terjadi juga sebelum tempoh itu, risiko untuk keguguran sekali lagi adalah sangat tinggi kerana keadaan rahim yang belum cukup kuat.


Namun sekitar Disember yang lalu, Allah telah mentakdirkan saya untuk hamil sekali lagi. Ini merupakan kehamilan ke-4 buat saya. MasyaAllah. 4? Bagai tak percaya. I pinched myself. Is this real? And through several positive pregnancy tests, we confirmed that we were pregnant again. Qun Fa Ya Qun. Jika Allah telah mentakdirkan sesuatu untuk berlaku, jika ia terletak antara jarak timur dan barat pun, ia tetap akan berlaku. Sebaliknya, jika Allah katakan ia takkan berlaku, andai ia terletak dalam genggaman sekalipun, ia takkan berlaku. Kami redha setulusnya atas ketentuan Ilahi ini. But deep within, come what may, I was mentally prepared for it.


My pregnancy journey went quite smooth since then. As usual, I have not much morning sickness, maybe because the sickness came later at the evening. But still not as bad as others. Kadang je rasa tak sedap tekak. And not to mention some food craving too. :) (Ah, sekarang baru teringat asam pedas tetel yang saya teringin sangat tapi tak dapat makan. hmmph.) Oh ya, one more unique thing during this pregnancy, I was craving for asam too! Serius. Sebelum-sebelum ni memang langsung tak makan asam. Tapi kali ni memang lain sikit. :)


So the time goes by with two pregnancy check ups and it seems went well. We did ultrasound during the first check up where they said that tiny little human inside me was about 7 weeks at that time. It was such a heart melting moment to see that tiny little heart blinking like a star. Sangat cute. :) Deep within, surprise jugak, macamana boleh get pregnant again, without having the menstrual cycle started yet. Allah Maha Besar kan? Dia lebih tahu dan kami jugak yang tak tahu sangat sebab tak study biologi. ;P


Then, last week 18/1. Saya ke HUKM untuk check up. No scanning schedule as on 25th they have scheduled a detailed scan for me. Ok fine. But 1 thing keep worrying me is my tummy. I couldn't see any baby bump at all! Oh, I could see it sometime especially after meal. But, it most probably my bulging tummy. But a bit bigger than it used to be. Still, I feel totally not okay with it. So, I did ask the doctor about it. Since no scanning that day, she just confirmed my pregnancy through the symptoms. Since I've no bleeding, no muscle cramps, still having the nausea and dizziness, so, she concluded that my pregnancy was just fine. Okay, sedapkan hati. Mudah-mudahkan tak ada apa-apa.


Sabtu yang lepas, keluar discharge berwarna coklat, dan hati saya terus terdetik rasa yang sangat tidak enak. Berbekalkan Duphaston untuk kurangkan pendarahan (walaupun tak pasti adakah ini pendarahan atau tidak kerana warnanya coklat), saya cuma berharap agar ia akan berhenti dengan sendirinya. Masuk hari ke-3, isnin, tiada perubahan. Sesekali terasa sengal bagai senggugut. Kaki pun terasa lenguh. Simptom yang sama sewaktu keguguran yang lepas. Allahu Akbar. I was so ready for this. I told that too many times to myself.


Selasa. Saya ajak suami untuk ke HUKM. Terasa macam baru semalam saya datang untuk prosedur yang sama. Bezanya, waktu itu kehamilan saya baru berusia 8 minggu, dan keguguran waktu itu berlaku secara spontan tanpa rasa sakit yang amat, cuma sedikit rasa ala-ala senggugut.


First step was the insertion of speculum to check the stage of bleeding/missed miscarriage. Allahu Akbar. Sakitnya, senak rasa perut. Saya cuma tarik nafas dalam-dalam dan lepas untuk mengurangkan rasa sakit. Mulut juga tak henti mengucapkan lafzul jalalah agar dipermudahkan proses ini. Ternyata memang terdapat cairan kecoklatan seperti tanda keguguran akan berlaku. Namun, keadaan rahim masih tertutup seolah belum sedia untuk keguguran secara semulajadi lagi. Mungkin juga ada harapan bahawa bayi saya masih dalam keadaan selamat. Wallahua'lam.


Then, next step was the ultrasound. Bila nampak je kantung yang sempurna, my heart glowing! Next, we saw my tiny little baby inside. Doktor pun siap senyum lagi bila tengok si kecil tu elok je duduk dalam tu. It lasts for few seconds until we realized that there was no heartbeat at all. :( In fact, my baby was not moving at all. Saya rasa doktor tu hanya nak sedapkan hati saya bila dia cuba juga berkali-kali untuk mencari detak jantung anak saya. Jauh dalam sudut hati, saya tahu dia sudah kembali kepada Penciptanya. Namun, hati saya sangat tenang. Mungkin kerana saya mental saya sudah bersedia sepenuhnya. 5 minit kemudian, barulah doktor tersebut yakin untuk mengesahkan yang saya sudah pun kehilangan si dia. Berdasarkan saiz, dia hanya berusia 9 minggu sedangkan usianya ketika itu sudah pun 12 minggu. Ternyata zuriat kita adalah pinjaman dan hak milik Allah jua. Innalillahiwainnailaihiroji'un.


Memandangkan keadaan rahim yang masih tertutup, doktor menganggarkan untuk prosedur D&C/ERPOC bagi mengeluarkan janin saya. Sesetengah orang panggil ia sebagai proses 'cuci' rahim.


(Dilation and curettage (D&C) is a minor surgical procedure to remove excess tissues from the womb. It involves scraping the lining of the uterus and is also know as Evacuation of Residual Products of Conception (ERPOC)).


You are most likely to have a D&C as a day-patient as it is considered a safe and routine procedure. Usually used to diagnose problems, in this context, it is performed to clear out pregnancy tissues from the womb that the body has not completely removed for itself.


Allahu Akbar. Dengar perkataan D&C sahaja sudah menggentarkan hati saya. Terus juga tervisual alatan-alatan yang digunakan dan keadaan yang sangat tidak menyenangkan tentang prosedur tersebut. Bolehkah saya nanti? Gulp! Selesai urusan di HUKM, saya minta untuk pulang dan dijadualkan untuk kembali semula seawal jam 7 pagi untuk kemasukan ke hospital dan prosedur tersebut keesokan hari. Saya beritahu suami saya, dan dia juga tenang menerima berita tersebut. Sesungguhnya kami sudah sangat bersedia dengan risiko untuk kehamilan ini.


Pulang ke rumah, saya mulai rasa sakit seakan kontraksi sekitar pukul 4 petang. Serius. Rasa sakit ini tak sama seperti sakit sengugut. Tak sama seperti sakit keguguran yang lalu. Tetapi ia sangat mengingatkan saya rasa sakit yang saya rasai setelah dua kali induce untuk melahirkan arwah Damia. Sumpah. Memang sama! Ia berlaku selang 5 minit. Ya Allah, adakah ini tandanya 'kami' akan melakukan semua ini secara semulajadi?


Sekitar 10.30 malam, rasa sakit semakin terasa. Tak tentu arah rasanya. Tapi tiada apa yang keluar. Not even a single stain. Seluruh perut, pinggang, dan kaki terasa sakit. PInggang terasa amat lenguh. Seperti nak putus rasanya. Saya adukan pada suami. Mujur anakanda Rafeeq Rayyan tidur awal, jadi suami saya dapat bersama saya, menemani saat-saat saya kesakitan.Suami alaskan tilam dengan changing mat. Biar senang dibersihkan. Kemudian, selang kesakitan, saya rasa ada cairan yang keluar. Saya lihat, tiada apa-apa. Ia berlarutan hingga beberapa kali hingga saya rasakan kain saya sudah basah. Ya Allah. Adakah itu air ketuban? Sungguh. Air itu banyak jika dibandingkan dengan saiz kantung yang melindungi si kecil ini yang saya lihat tadi.


Suami pula tanpa jemu mengurut pinggang dan kaki saya buat mengurang rasa sakit yang semakin kuat.Benar bila orang kata sakit keguguran itu sama seperti sakit melahirkan. Saya telah melaluinya sendiri. Saya berdoa semoga diberi kekuatan. LA HAU LA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL'ALIYIL'AZIM. Tiada daya, tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah. Inilah bekalan saya buat penguat diri melawan sakit. Sekitar pukul 11 lebih, badan saya tidak lagi mengeluarkan air, tetapi darah yang cair. Waktu itu, kesakitan sudah tak terkata. Sesekali ia datang. Sesekali ia pergi. Hingga ke satu tahap, saya menangis di sisi suami. Entah kenapa hati jadi sangat sebak. Sudah tak pasti kerana sakit atau kerana kehilangan. Semuanya sudah bercampur baur. Terima kasih Allah kerana kurniakan suamiku kesabaran, menemaniku dan mengurangkan rasa perih dah sedihku ketika itu. Semoga dia kekal begitu.


Sekitar 11.40 malam, rasa sakit itu tiba-tiba berkurangan. Kain saya sudah basah kuyup dengan air dan darah. Saya baring mengiring ke arah suami. Saya genggam erat tangannya. Lebih erat sebelumnya saat rasa sakit menyerang tiba-tiba. Lantas tiba-tiba saya rasa seperti sesuatu ingin keluar. Saya tahu, sudah tiba masanya. Dengan sekali 'push', saya rasa ada benda panas keluar dari badan saya. I knew, we've made it finally. Dan secara automatik, suami jadi bidan saya malam itu. Dia melihat dan mengesahkan, saya telah selamat melahirkan arwah janin saya yang bersaiz sebesar ibu jari tangan. Alhamdulillah. Terasa hilang semua beban digalas.


Suami tolong mengurut perut saya. Cuba mengeluarkan sisa-sisa darah yang mungkin ada. Setelah yakin semuanya telah keluar. Suami papah saya ke tandas untuk membersihkan semuanya. Dan buat pertama kalinya saya lihat janin yang telah saya lahirkan. Subhanallah. Buat beberapa minit saya dan suami merenung ke arah makhluk Allah di depan kami ini. Bersih dan putih tanpa cela. Sebak melihat kejadian Allah ini. Terlihat dua tangan dan kaki mulai tumbuh. Kecil dan comel. Terlihat juga dua matanya dan kepalanya yang amat kecil. Allah, ternyata dia milikMu jua. Though it was just 12 weeks, but the sense of belonging is already there. Jasad si kecil ini suami simpan dengan kemas untuk dibawa ke hospital esok hari.


Pagi ini, ketika bersiap ke hospital seawal 6 pagi, saya dapati plasenta/urinya juga sudah keluar. Ia sebesar separuh tapak tangan saya. Saya cuma berharap apa yang perlu keluar, telah keluar seperti seharusnya. Jika tidak, saya perlu lalui proses D&C seperti yang dijadualkan.


Syukur. Setelah pemeriksaan melalui spekulum dan ultrasound. Doktor mengesahkan yang saya tidak perlu melalui proses D&C. Cuma saya diberi satu suntikan di peha bagi mengecutkan rahim. Jam 8.30 pagi, saya dibenarkan pulang dan diberikan cuti sakit selama 7 hari. Alhamdulillah. Saya bersyukur segalanya selesai dengan baik. Janin tersebut kami pinta untuk bawa pulang walau pada mulanya doktor meminta persetujuan saya untuk mengambilnya untuk ujian makmal. Rasa berat pula hati nak biarkan janin saya yang telah sempurna untuk jadi bahan ujian makmal. Mujur doktor juga memahami dan menasihatkan agar saya bawa pulang dan tanam ia sebaik mungkin. Sayang kerana fizikalnya yang telah terlihat.


Ternyata di luar jangkaan saya, saya telah melahirkan janin berusia 12 minggu bersama suami di sisi saya. Teringat kisah-kisah sahabat yang lain yang punya pengalaman yang jauh lebih mencabar dari saya. Mereka pasti jauh lebih kuat. Sesungguhnya kita semua diuji berdasarkan kemampuan masing-masing. Semgoa dengan ujian, kita menjadi lebih dekat dengan sang Pencipta.



Begitulah akhirnya kisah kehamilan saya yang ke-4. Mac ini, genap 4 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Agak aneh pula bila pengalaman kehamilan juga sudah mencecah 4 kali. I never had a smooth pregnancy sailing, but they were all colourful. I am grateful for the experience and for the stronger person I've become. Surely Allah knows best, and I am truly trust whatever fated for us. Through losses, I learn to appreciate whatever I have now. Anak-anak, keluarga dan semua insan yang kita sayang, ternyata hanya pinjaman dan amanah daripada Allah jua.


Terima kasih buat suami, keluarga dan sahabat-sahabat yang memberikan saya bantuan dan sokongan moral. You know who you are and I always pray that Allah will always bless you guys. Amin.



Damailah anakanda ummi bersama saudara-saudaramu di sana,

Ummi Intan

Cheras

5.40 pm.

Monday, December 5, 2011

First Year Journey :)

repot ketua mata2 oleh cik indie at 11:01 PM 0 repot dari mata2

Tuesday, December 14, 2010

Diari Buat Rafeeq #2 - Instinct Seorang Bakal Ibu

repot ketua mata2 oleh cik indie at 4:43 PM 2 repot dari mata2
30/11/2010, Selasa

Semenjak jadi fulltime housewife, aktiviti harian saya penuh dengan hal-hal sebagai seorang isteri. Cewah. Lepas solat subuh, terus kemas katil (kalau dulu masa cuti masa masih jadi careerwoman, lepas subuh, manjang tidur balik). Not even once saya sambung tidur balik. Bangga dengan diri sendiri.

Lepas kemas katil, terus prepare breakfast untuk encik suami. Jadi setiap hari sebelum dia pergi kerja, dia pasti dapat makan dulu. Sesuatu yang saya tak dapat buat untuk dia masa saya kerja dulu. Sebab lepas bangun tidur, baru sibuk nak kelam kabut gosok baju for the day. Diri sendiri pun tak dapat nak breakfast kat rumah, beli kat ofis je.

Kemudian, kemas-kemas rumah, basuh baju (kalau dah penuh satu bakul, eco friendly tak ingat). Lepas dah beres semua, baru la duduk bukak facebook. Sambil-sambil tu, bukak susuibu.com belajar tentang BF. Hey, BF is sunnah, BF is fitrah, jadi saya nak preparekan diri sepenuhnya dalam 2 bulan sebelum EDD 29 Jan 2010 untuk itu.

Hmm, hari ni, terfikir pulak nak kemaskan bag baju untuk letak dalam kereta. Kot-kot teremergency Rafeeq nak 'keluar' bila-bila masa. At least, semua barang dah standby dalam boot kereta. Semangat yang tak terkata masa packing beg. 3 helai baju Rafeeq semua ummi dah lipat satu set dengan barut, booties and mittens. Senang, sekali angkat, semua ada dalam satu lipatan. Baby wipes & toiletteries, pad for ummi, baju persalinan for ummi, newborn pampers for Rafeeq (CD ummi tak basuh lagi la sayang, lagipun this one just for emergency. Rafeeq balik nanti, ummi pakaikan okeh? :D), beberapa helai lampin untuk standby, tuala dan selimut. Masa siap packing, hati ummi rasa berbunga-bunga. Nak tunggu 2 bulan lagi, rasa macam lama sangat. Tapi takpe, yang penting anak ummi sihat. Lagi lama dalam perut ummi, lagi baik untuk Rafeeq *senyum*

Oh. Esok hari, ummi ada appointment kat HUKM. Tak sabar + nervous nak tengok perkembangan Rafeeq. Ummi agak takut kalau cerita kehilangan kakak Damia berulang kembali seperti tahun lepas. Na'uzubillah. Nak memikirkannya sahaja ummi tak sanggup. Sumpah. Tak sanggup! InsyaAllah, kali ni tak apa-apa. Mudah-mudahan ye sayang. Allah maha mengetahui, kepadaNya kita berdoa agar dipertemukan dengan sempurna kali ni. Amin.

Salam Sayang.
:)

Diari buat Rafeeq #1

repot ketua mata2 oleh cik indie at 9:54 AM 2 repot dari mata2

28/11/2010, Ahad - Hari terakhir Parents & Baby Expo di Midvalley. Memang teringin sangat nak pergi sebab ada banyaaaaaaaaaaak benda tak beli lagi untuk dear Rafeeq. Masa ni Rafeeq dah almost reach 8 months dalam perut umi dia. Kalau tunda lagi beli barang, tak tau larat ke tak nak berjalan. Lagipun kat ekspo la tempat nak beli dengan cara paling efektif kos sebab harga barang sangat murah dan semua boleh dapat at one place. Hari tu ajak encik suami pergi, tapi dia tak nak. T.T Dia kata tunggu gaji which is the following week. Sedih sangat, dah nangis dah pun. (benda macam ni pun boleh nangis kan? maklum la, orang mengandung kan sensitif). So, today, pujuk lagi encik suami untuk pergi. Alhamdulillah, dia akhirnya setuju nak pergi. Lepas sarapan, kami terus siap-siap ke Midvalley. Mood dalam hati? Happy dan berbunga-bunga eksaited. Tapi tak tunjuk sangat, takut encik suami nyampah tengok. LOL.

Sampai tingkat atas tempat ekspo, masyaAllah ramai sungguh umat manusia. Preggers pun ramai gila. Kalau berjalan, berlaga bumps la jugak. LOL. So, lepas round semua kami akhirnya berjaya bawak balik:

1. Playpen (sangat murah)

2. Car Seat

3. Breast Pump - I actually wanted to buy AVENT, but since we have a very limited budget, my husband convinced me to pick the electric pump from LITTLE BEAN. I never thought of buying this brand before as I never heard any mom recommends this brand in any BF forum on the net. But, since the cost is far way cheaper than other famous brand, I finally agreed hoping that it can work wonders.

4. Sterilizer & Warmer - LITTLE BEAN

5. CD - Autumnz. Very cheap as well. Recommended by my friend as she bought it earlier on. I bought 3 pieces for trial and hoping that my lil' son will have no problem with 'em. If he is okay with 'em later, I will surely add up my collections. CDs are very eco friendly, and won't cost a big hole to your pocket. (Yes, initially, but it will still worth it for the long term compared to the disposable diapers).

6. Feeding Bottle - AVENT. Yang ni memang sangat murah. 2 botol kecil dan 2 botol besar for RM180. According to the promoter, it normally cost RM240. (betul ke?)

7. Nursing Bra - Autumnz

8. Milk Storage Bottles - Mom's Little One @ MLO

Basically ni semua barang-barang yang dah beli masa kat ekspo plus beberapa barang-barang toiletteries yang beli di Jusco. I am super excited! :D Tapi sebab letih sangat berjalan dan carry beg shopping, balik rumah terus flat. Pinggang rasa nak tercabut sangat-sangat. Balik petang tu, tak larat dah nak masak. Rasa nak massage je. Husbang tapau je kat luar. Sian kat saya yang kepenatan. :)

Konklusi - hari ni hari yang menggembirakan walaupun ummi hanya beli nursing bra je untuk ummi. Itupun untuk keperluan Rafeeq. Semuanya tentangmu anakandaku. :) I really wish that I can BF my lil' son exclusively until he turns two. May Allah ease this for us and allows this to happen. Amin.

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan". (Al-Baqarah 2:233)


Salam sayang,
Bunda Indie.

Thursday, August 12, 2010

Memori Ramadhan, Setahun Yang Lalu

repot ketua mata2 oleh cik indie at 9:25 PM 1 repot dari mata2
Ramadhan kembali lagi, menggamit kembali memori setahun yang lalu. Begitu pantas masa berlalu, saya kini sudah setahun meninggalkan kenangan kepergian anakanda tersayang, Damia, menemui Penciptanya, Ya Rabb yang satu.

Awal Ramadhan yang lalu, saya sempat berpesan padanya untuk cuba berpuasa sekurang-kurangnya 14 hari. Alhamdulillah, saya berjaya berpuasa, dan ironinya, pada malam ke-14 Ramadhan, saya diberitahu tentang kehilangan anakanda tersayang ketika temujanji dengan Dr. Jamil di KPMC ketika usia kandungan ketika itu sudah pun masuk 8 bulan. Kuasa Allah s.w.t, Dia juga yang memakbulkan hasrat saya untuk berpuasa selama mana yang saya inginkan.

Kepergian Damia bukan kerana saya berpuasa, kerana menurut Dr. Jamil, berdasarkan keadaan fizikal Damia, dia mungkin telah pergi lebih 2 minggu sebelumnya lagi. Pelbagai perkara cuba saya andaikan sebagai penyebabnya. Namun, keputusan post-mortem melalui plasenta Damia mengesahkan ia adalah berpunca daripada masalah uri dan ia terjadi dengan sendiri, dan mungkin tanpa bersebab.

Ramadhan yang lalu, buat pertama kalinya, saya merasai pengalaman melahirkan ditemani oleh suami tersayang di sisi saya. Ia selesai beberapa minit sebelum masuknya waktu berbuka puasa. Masih juga terbayang saat-saat adik-adik jururawat yang hampir pengsan kerana menyambut terlalu banyak kelahiran pada hari tersebut dan dalam keadaan berpuasa. Namun, Alhamdulillah, segalanya berakhir jua dengan baik. Ketika azan maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka puasa, serasakan terlepasnya lelah kesakitan dan jerih yang saya tanggung selama hampir sejam sebelum itu. Sesungguhnya, setelah pengalaman itu, amat jelas bagi saya, mengapa Allah menjelaskan bahawa syurga itu letaknya di bawah telapak kaki seorang ibu. Juga jelas bagi saya kenapa rasulullah s.a.w dalah sebuah hadisnya, telah mengutamakan ibu daripada ayah. Kesakitan untuk melahirkan adalah pengalaman yang tak mungkin saya lupakan kerana bagi saya, tiada kesakitan yang pernah saya alami seumpama itu. Ada juga ibu-ibu yang bernasib baik dan dimudahkan proses melahirkan, namun saya bukan di antaranya. Namun, saya tidak menyesali sebuah pengalaman yang amat istimewa seperti itu.

Ramadhan yang lalu, saya berpantang buat pertama kali dalam hidup saya. Saya amat-amat bersyukur dikurniakan ibu dan ayah yang sangat-sangat mengambil berat dan menjaga makan minum saya. Sejujurnya, saya tidak dapat membayangkan andai saya perlu melakukan segalanya sendiri tanpa mereka. Juga agak aneh perasaan mempunyai susu badan tanpa ada anakanda untuk disusukan. Perasaan yang sungguh bercampur baur. Mungkin kesedihan, mungkin juga kerinduan, mungkin juga kepasrahan. Namun, alhamdulillah, dengan petua daripada seorang kawan, menggunakan helaian kubis, masalah saya lama-kelamaan dapat diselesaikan kerana susu saya akhirnya kering dengan sendirinya.

Ramadhan lalu, begitu sinonim dengan iringan lagu Asma' Allah daripada Sami Yusuf. Dan lagu ini menjadi peneman saya tiap kali kerinduan terhadap anakanda Damia mengetuk pintu hati. Sesungguhnya, lagu ini jugalah yang meringankan beban di dada kerana ia mengingatkan saya tentang rahmat dan kasih sayang Allah Maha Pencipta. Sesungguhnya saya redha apabila Dia memilih saya dan Damia untuk diuji, dan sesungguhnya saya adalah yang paling bahagia kerana Damia dijaga oleh Penciptanya, Allah yang Satu. Damia pasti paling gembira di sana.

Hampir setahun telah berlalu, Ramadhan kini muncul kembali. Dan segala yang di atas bagi terimbas kembali. Namun kini, saya telah jauh dari kesedihan. Cuma sesekali kerinduan pasti jua mengetuk pintu hati. Ironinya, saya kini juga hamil hampir 4 bulan. Tidak mungkin saya tidak rasa paranoid dengan apa yang telah berlaku. Namu, saya letakkan segala-galanya pada ketentuan Qada' dan Qadar jua. Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui hikmah segala sesuatu dan kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa, berusaha dan bertawakal kepadaNya.

Semoga Ramadhan kali ini, memberi lebih banyak pengertian dan muhasabah buat diri dan suami tersayang. Ramadhan, bulan penuh rahmat dan barakah. Bulan yang sentiasa dinanti dan bakal dirindui apabila ia tiba dipenghujungnya.

Salam Ramadhan buat saudara & saudariku seluruhnya.
:)

Tuesday, June 15, 2010

Once Upon a Time As an UGLY BETTY

repot ketua mata2 oleh cik indie at 10:27 PM 2 repot dari mata2
Satu perkara yang saya suka tentang FB ialah ia jadi medan jejak kasih dengan kawan-kawan lama. Semalam tengah dok-dok search nama kawan-kawan lama ( I am great at memorizing people's names), tiba-tiba ternampak satu gambar lama yang amat familiar. Guess what? Gambar pengawas-pengawas (cikgu selalu panggil kami mawas kalau kami yang terejal) Sekolah Kebangsaan Batu Anam. Rasanya masa tu saya darjah 4 kot. Sebab senior yang lain pun ada jugak dalam gambar tu.

Okay, nak share gambar tu sekarang jugak! Eksaited. hahaha.



Hmm. Boleh agak tak mana satu saya? Weeehuuuuu. I laughed out loud to see myself in that picture. It is so obvious that I am the only nerd with huge glasses who trying hard to keep my huge frame in the frame! Siap senget kan kepala sebab tak nak terlepas can masuk dalam gambar. hahahha. Sooo tak boleh blah. Bwahhahahhaha. Kelakar gila. Tak padan ngan nerd!

I have lotssss of the ugly betty version pics of me. Segan jugak nak upload, sure orang bakal gelak tahap gaban tengok. Tak payah tunggu orang lain gelak, saya sendiri tergelak tengok. Well, memang budak zaman tu tak tau nak pilih-pilih spek lawa-lawa kot. Tah. Oh. Cop! Spek tu ibu yang pilih and I was so naive choosing that frame yang half of my face size. Oh my goodness, (gelak lagi).

Okay, saya memang budak nerd dulu. Tapi saya jugak nakal. Rasanya cikgu amek saya jadi pengawas pasal result exam saya manjang baik jek. Then, asek muka saya dapat no. 1 kat kelas. Walhal, kalau ikut perangai, saya rasa saya tak la berdisplin sangat. Tiap-tiap hari saya ke sekolah lambat. Lepas loceng bunyi, baru saya terkedek-kedek masuk kelas. Walhal sekolah sekangkang kera je dengan rumah.

Saya ingat lagi ada sekali tu, seperti biasa saya lambat lagi ke sekolah. Bukan saya sahaja, tapi saya dan dua adik lelaki saya. Dengan rasa tak bersalah, tak de pun berlari-lari nak kejar waktu start kelas. Tup-tup, waktu tengah jalan kaki menuju blok kelas, boleh pulak terserempak dengan guru besar tengah round padang. Dah la pengawas ek? sengal sungguh. Bila guru besar tanya apasal kamu semua lambat ni? Dengan lancar saya berkata, saya kena kemas katil lah cikgu! bwahahahha. Sungguh tak boleh blah jawapan tersebut. Guru besar pun malas nak layan, then suruh cepat-cepat masuk kelas. Yang pasti, selain dari keputusan akademik, saya sebenarnya memang tak layak jadi pengawas pun.

Okay, cakap pasal pengawas, saya ada satu insiden tak boleh lupa pasal pengawas. Sekolah saya bukan sekolah urban pun. Sub urban. Waktu tu, baju pengawas hanyalah baju kurung biasa (seperti yang korang boleh lihat dalam gambar di atas). Biasa-biasa jek la. Kalau pegi pertandingan antara sekolah-sekolah, jeles jugak tengok baju pengawas sekolah lain. Macho-macho gitu. Pakai kemeja & tie, skirt labuh, tudung masuk dalam. Smart la dari baju kurung biasa cam kitorang. Saya pun tak faham apasal cikgu tak cadangkan kitorang pakai uniform yang macho macam tu. Barulah nampak pengawas sikit. Haha.

Jadi, nak dijadikan cerita, waktu saya mula-mula dilantik jadi pengawas waktu saya darjah 4, ibu sangat suka hati. Dan ibu saya sememangnya lebih up to date dan selalu nak yang terbaik untuk anak dia. Nak anak dia nampak paling baik lah dikatakan (bab pilih spek ugly betty tu terkecuali). So, waktu nak tempah baju pengawas, ibu saya dengan sungguh berani matinya telah suruh tailor baju tu untuk buat design baju ala2 budak pengawas sekolah lain. Walhal, baju pengawas tu tak ada orang pakai pun lagi kat sekolah saya. Saya menangis-menangis tak setuju pasal komfom malu weh jadi 'alien'. Tapi, ibu tetap meyakinkan saya yang pilihan dia tulah yang terbaik dan dia sangat yakin yang cikgu pengawas akan jadikan saya sebagai contoh sekaligus menjadikan ia pakaian rasmi budak pengawas lain.

Hari pertama ke sekolah dengan baju pengawas lain dari yang lain memang mendebarkan. Saya malu gila nak keluar rumah pasal budak-budak dok usha saya lain macam. Sampai sekolah je semua mata tertumpu kat saya. Saya malu gila. Ada yang gelak-gelakkan saya, ada yang perli-perli. Tup-tup paling tak boleh lupa adalah ayat salah sorang cikgu perempuan kat saya 'AWAK PAKAI MACAM NI, AWAK INGAT AWAK KRISTIAN KE?' - Disebabkan saya naif waktu itu, saya hanya diam dan berlalu pergi. Tapi dalam hati saya, saya rasa sangat jengkel dengan mentaliti CIKGU yang sengal macam tu? Hello, first of all, saya pakai tudung. Kristian ke macam tu? second - saya pakai kemeja lengan panjang. Tutup aurat kan tu? Third - Saya pakai skirt labuh. Tutup aurat jugak kan? What the sungguh la cikgu tu. Apa yang kristiannya pakaian saya tu pun tak tau la. Bengang gila masa tu.

Well, walaupun kena sound dengan cikgu pengawas pasal pakaian pelik saya tu, saya tetap ungkal pakai jugak bila saya rasa nak pakai. Cikgu pun tak boleh nak cakap apa. Tapi memang bajet gak lah, kalah ketua pengawas. Hahahhahahha. Apa boleh buat, ibu saya memang jenis kamikaze. Dia tak peduli orang cakap apa. Janji anak dia nampak advance sikit. Dah tu, sapa suruh cikgu tak tukar fesyen ikut fesyen terkinikan? wek.

3 tahun saya jadi pengawas kat situ. Memang sepanjang 3 tahun tu, cikgu tak tukar pun uniform rasmi pengawas. Tup-tup, lepas saya sambung form 1, tau-tau diorang dah tukar dengan rasminya baju pengawas sekolah seperti baju 'macam-orang-kristian' yang saya pakai dulu. Tertanya jugak dalam hati, dah tak kristian ke baju tu? Duhhh.

Hmm, cakap pasal ke'nerd'an saya. Saya dulu memang ugly betty. Cuma tak ada braces jek. Saya kurus kering, saya tak lawa, spek saya besar, saya ulat buku. Pendek kata, saya ada pakej lengkap seorang nerd yang diejek orang. Oh. lupa nak cakap, selain tu saya ada rambut kerinting. Zaman tu kerinting tak famous. Tak cool pun. Kena pulak kat saya yang nama Intan. Maka, nama ejekan kegemaran budak nakal kat sekolah ialah MAGGI CINTAN. Ingat lagi tiap pagi saya mesti kena bersihkan meja saya sebab budak-budak lelaki dah conteng HAI CINTAN, cintan itulah, cintan inilah kat meja saya. Sabar je lah. Tu tak termasuk nama-nama seperti lidi, papan dsbnya. Tapi alhamdulillah walau pun orang ejek-ejek saya, tapi sayalah satu-satunya student sekolah saya yang dapat 4A waktu UPSR. The sweetest experience ever. :))) berbaloi mak saya pakaikan baju pengawas segak. hihihihi. Happy gila waktu diannouce sebagai pelajar cemerlang tahun 1994 utk sekolah. Waktu tu rasanya pertama kali saya buat ibu ayah benar-benar berbangga.

Okay, ni post bukan nak riak. Ni post nak cerita pasal si ugly betty je.


Pengawas tak berdisplin dan bermuka nerd,
Cik Indie the Ugly Betty

Tuesday, June 1, 2010

KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT

repot ketua mata2 oleh cik indie at 10:00 AM 0 repot dari mata2
Oleh: Ismail Abu Bakar

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.

Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.


Mafhumnya::
Ibnu Mas’ud ra. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”(Diriwayatka n oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.
Mafhumnya:

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.
Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email.

Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.

Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup” . Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.

Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500+5000= 5551. Begitulah seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat.

Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.

Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.

Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.

Wallahhu’alam

Oleh: Ismail Abu Bakar

Saturday, May 29, 2010

A Journey to Motherhood (part 1)

repot ketua mata2 oleh cik indie at 10:28 PM 5 repot dari mata2
Alhamdulillah.

Allah given me a chance to fly a trip to a place called motherhood. Again. Yes, I know, you know that I've promised myself that I will keep my second pregnancy low. But, I just can't keep my word. I'm sorry. :/ I was excited, not that much, and pretty much doubtful about my home test result.

By chronology:

23/5 (sunday) - Hari ni hari sepatunya datang period. I am lucky sbb my cycle always tepat dan tak lari jauh. If previous month falls on 23rd, means this month supposed to be the same or awal atau lewat sehari camtu. So, this month, saja gedik-gedik nak test. Padahal, hari tu baru 23hb. Nak kata sehari period dah delay pun macam tak boleh kan? That's why I said saja GEDIK nak buat home test. So, I did my first home test immediately after we reached home lepas jalan-jalan kat Tasik Permaisuri. It was somewhere at 7 p.m.

I bought not the cheapest home test kit, but mid price yang jenama watson's. Tak sure whether the pricing and the quality will affect the result, but I don't want to take any risk of alat tak bapa berkualiti so result tak accurate. Kira, yang jenama watson's pun ok lah kot. Harga RM14.90.

So, berbalik pada test tadi. Kali ni, test dibuat lebih proper. Urine letak dalam small paper cup. Then, rendam hujung test kit tu about 5 seconds, dan kemudian tunggu ia diserap oleh alat tu. It takes like forever to wait for the second line to appears. Mula-mula second line tu memang macam tak ada. But then, I and hubby macam confuse bila slowly second line mula appear dan semakin terang. So, roughly, mengambil kira bacaan dalam tempoh 5 minutes, rasanya kami boleh simpulkan yang we are pregnant!

Kami tak terus eksaited sebenarnya. Sebab mula-mula tadi it took quite a while utk nampak second line. But we were pretty sure yang second line tu appeared not after 5 minutes. But then, sbb still percaya yang second line won't happened if I'm not pregnant, we tried to MMS the two lines picture to one of the closest friend. She replied as yes, according to the picture that she received from us.

A bit strange, we were still not super excited. We were happy indeed, but maybe we tried to not to put so much hope for this.

Personally, we did not try that hard to get pregnant. I mean, we want to get pregnant but due to some issues like finding new jobs etc, we put it 100% on qada' dan qadar. Different with the previous pregnancy, I was trying hard to conceive. I did all those amalan-amalan including all those doas and surahs reciting just to get pregnant. I didn't do that this time. Not because I no longer believe in them ( I do believe them always) but due to the fact that I said earlier.

Okay, the next day (24/5 - monday)

I informed my closest friends about the home test result. Even brought it to the office to show it to them. They are so excited. My closest friend hugged me like she never did before. Bergenang air mata kala tu. We both are trying to conceive at this point of time. However, she tried for her second child but it was just not her time yet. She's sincerely happy for me. I knew it, and I could feel it. The other two friends also excited and they advised me to go to the clinic to confirm the result.

So, right after the clock struck 4.30, I rushed myself to the nearest Mediviron as I am comfortable with the female doctor there. Unfortunately she already left, and if I would want to wait, it would be with another male doctor somewhere 6 p.m. Since I am kind of person who unable to hold my patience that long, I then rushed myself to another clinic. It was one clinic that I never been before somewhere at Pekan Bt. 9. Klinik tu sangat buruk okay. But I just ignored the ugliness fact of that clinic, and concentrate about my main reason to be there. I've been attended by a chinese male dr. He did the test right in front of me and surprisingly he didn't wait long to confirmed that it was NEGATIVE. I saw it with my own eyes that my urine was not reaching that second line yet before he told me that result! Rasa geram and tak puas hati. Then, I took out my test kit that I brought earlier and showed it to him. Know what he replied? ' Oh. if you biar lama, second line tu memang akan appear jugak'. Hey, How lama is lama? I didn't wait like an hour for the second line to appear. Rasanya dalam 2 minutes je kot. And is it possible for negative turns out to be positive by time?

Masa tu, walaupun ada rasa ralat dalam hati, saya percaya jugak kata-kata dr tadi tu. Dia prescribed saya asid folik. Yaaaaaaa! satu fakta penting di sini ialah saya dah missed makan asid folik lebih kurang sebulan. Sungguh tak patut. Saya sungguh-sungguh terlupa. *sigh* Tapi, dalam pada tak puas hati pada cara dr tu handle test tu, saya suka bila dia tekankan sungguh-sungguh pada saya untuk immediately makan asid folik. Kalau boleh as soon as I reached home. I really did that lepas sampai rumah. Betapa pentingnya asid folik pada peringkat awal kehamilan ya ibu-ibu semua.

Lepas keluar klinik, dalam rasa yang ralat teramat, saya terus sms en. suami. Dia pun agak terkejut, dan suruh saya beli another test kit. Saya dengan rasa berat hati, karang sms utk bagi kat closest friend yang dah tau. Ada dalam 7 orang kot. Semua terperanjat. Some tak puas hati, some tabahkan hati saya. Saya kemudian beli juga satu lagi test kit. Tapi berazam dalam hati nak buat nanti-nanti. Maybe in a week time.

25/5 (Tuesday)

Again, saya tak tepati janji kat diri sendiri. Kebetulan sorang kawan bagitau yang kandungan hcg (sejenis hormon bagi preggers) paling tinggi pada waktu subuh/awal pagi. Dia advised saya buat test tu again seawal saya bangun subuh pagi selasa lepas. Guess what? Second line appeared so clear right after my urine reached that area. So, it was confirmed that I am pregnant! Dengan test kit, terus rush kat en. suami yang masih berbaringan kat atas katil. Dia dengan mamai-mamainya tengok, dan cakap, kan dah cakap. =.= Ayat lalok barangkali. So, hari tu saya lebih konfiden pegi keja.

26/5 (Wednesday)

Plan nak register kat HUKM for this time punya check up. They keep my previous stillborn case and post mortem. Bersalin pun kat sini. Rasanya, lagi bagus terus buat check up kat sini. I called them to check on the procedures. Ye la, before this, check up buat kat klinik gomen kat batu 9 and kat KMPC Kajang. Unfortunately, diorang kat HUKM suruh pegi jugak mana-mana klinik untuk dapat surat rujuk dari dr dulu. It means that I have to go to clinic AGAIN. Since dah plan esoknya nak ke HUKM, means, hari ni jugak la yang kena pergi klinik dapatkan surat rujukan. So, I did the FOURTH test at Mediviron just to get the reference letter. Alhamdulliah, the fourth test also appeared as POSITIVE. Cuma second line tu a bit blur maybe due to super early stage of pregnancy. The doctor said I was 5 weeks pregnant. :)

Bagitau la en. suami by sms. Tau-tau dia dah spread the news kat FB. Memanjang dah kawan-kawan lain semua dah tau. Baru je saya plan nak diam-diam. Takpelah, at least, dapat doa dari kawan-kawan. :)

27/5 (Thursday)

Pagi-pagi drove myself to PJ. Ada interview kat THONEH. Seriously, it was my first time ever went through such a bad traffic. Naik lenguh kaki tekan pedal clutch. Kereta manualla katakan. Macamana nak cari kerja lain macam ni? Aduh. FYI, ofis saya skrg ni teramatlah dekat dengan rumah. Tak payah keluar jalan besar pun. Even nak masuk gear 5 pun tak sempat. Tau-tau hari tu kena lalu federal hiway yang jam tu. Phew. Memang mencabar dik oi. Tapi alhamdulillah sampai jugak. In fact awal dekat sejam gak la. Takut lewat punya pasal. Amek kau awal satu jam. Interview tu went well. Okay la. Tapi lama gila. Sejam ada kot. So, saya tak la berharap sangat nak dapat, pasal kerja dia leh tahan mencabar minda. Dahla kena kerja sabtu. Saya tak kerja sabtu dik oi. Boleh ke later on kena kerja sabtu? Tapi tak taula, if ada rezeki, tukar la rutin gamaknya.

Lepas interview, terus ke HUKM. Dalam pukul 10 lebih kot. MasyaAllah, susah gila nak dapat parking. 15 minit ke lebih tah pusing-pusing cari parking semata-mata. Sungguh! my lower abs cramp. Rasa lenguh yang teramat. My baby, my biggest concern. Risau dibuatnya.

Lepas dapat parking, saya terus jalan kaki ke O & G clinic. Orang tak ramai. Ingatkan hari tu dapatla terus jumpa dr. Dah plan-plan dah nak tanya apa, and nak ngadu pasal sakit kat bhgn ari-ari. Sat lagi, misi kat depan tu hanya daftarkan saya jek? Cis. Saya tak puas hati bila dia letak appointment date saya on 30hb June. Sebulan lagi tu dik. Lamanya! Saya mengadu yang saya sakit kat bahagian bawah perut. Si misi dua orang ni boleh berbincang-bincang dan last-last advised yang rasa sakit saya tu normal. Awal-awal pregnant memang rasa macam tu. Banyakkan minum air, mungkin sakit sebab kurang minum air. Kalau sakit lagi dalam 3 hari walaupun dah minum banyak air, diorang suruh datang balik untuk cek. Malas nak argue lagi. Saya pun balik.

Malam tu, lower abs saya memang betul-betul sakit. Cam lenguh. Sampi kat pangkal peha. Tak tau la pasal drive lama dalam jem tadi ke apa. Risau jugak dibuatnya. Tapi saya tak buat apa-apa pun. Soh hubby picit-picit jek.

28/5 (Friday)

Cuti Wesak. Kawan hubby nikah kat Ulu Selangor. Awal pagi kami dah keluar. Perjalanan jauh yang amat. Siap kami lepak kat homestay kat Perak lagi. Sebab dah sempadan. First time ever reached area sana. Perjalanan pergi balik betul-betul memenatkan saya. Pinggang pun naik sakit. : / Hope baby tak apa-apa. Ibu risau.

29/5 (Saturday)

Rasa tak sedap hati sangat menggelodak. Tak tau sebab saya paranoid, fobia dan trauma atau ia betul-betul rasa instinct seorang ibu. Saya baru realized yang saya dah tak rasa loya. In fact, saya sebenarnya akan selalu rasa mual bila menjelang petang sejak 2 3 minggu yang lalu. Tapi kali ni, memang tak rasa apa-apa langsung. Rasa sakit kat bhgn bwh perut masih jugak saya rasa. Tapi kali ni dah kurang sikit. Sebab rasa tak sedap hati yang teramat, saya pun gatal tangan dan menggoogle tentang miscarriage. So, currently saya tak ada bleeding apa-apa. Mungkin saya yang risau lebih-lebih. Then, saya teringat tentang setompok air yang membasah atas tilam dua hari lepas. Terfikir-fikir, apa benda tu. Was it from me? Tapi tu bukan darah. Then I googled 'keguguran tanpa pendarahan', and I stumbled upon this blog which tells about the owner's experience. Apa yang buat saya panic attack immediately ialah bila dia cakap tanda-tanda nak miscarriage ialah

1. hilang rasa loya-loya dan muntah-muntah
2. rasa sakit seperti senggugut

Sumpah! Saya rasa nak nangis. Takut sangat. Dahla sekarang ni tiap kali ke tandas buang air saya memang cuak nak tengok panties. Takut ternampak blood stains. Saya mengadu kat hubby dan dia marahkan saya sebab risau tak pasal-pasal. Google benda yang bukan-bukan. Salahkah saya nak ambil tahu? :/

So, tadi, tak puas hati punya pasal, kami ke KPMC Kajang. Niat cuma satu, nak scan. Nak tau, is it still there or no longer there. Unfortunately, scan pun tak tunjukkan apa-apa. Dr banyak kali convinced me that it is still too early to see it. It is normal not to see it. She recommended another 2 weeks time for another appointment and hopefully we can actually see something that showing good result. Ohhhh. 2 weeks seems like 2 years waiting. But, she is optimist that everything is good as I don't have such bleeding or so on. The lower abs cramps and not having nausea like other preggers also normal. Not everyone is lucky to have such a clear symptom. It sounds weird, but I do want a morning sickness!! It is better to have it rather than not to have it and then pathetically doubtful whether you are still pregnant or not.
: /

Well, that's basically what I went through for this week. It is almost like my-full-of-preggy-issues week. I would like to thanks a trillion and zillion to all beautiful and great people around me and husband who keep on giving us supports and doas. May Allah bless all of you and I do remember all of the kindhearted people in my doas too. You really deserved it. Indeed.

In the meantime, I am praying hard that this pregnancy will turns out fine and hopefully I'll make it to the end. It is quite hard to not to be pessimist. Especially when I am still traumatized by my previous pregnancy. Well, at least I know, my little Damia is the happiest little girl in Jannah. :)


Well, I see you guys soon when I have another news to share. Hopefully a good one. Amin. Allah knows the best. Salam.


Bunda Indie


Thursday, May 20, 2010

Ini Kisah Saya & Jobstreet bukan Petaling Street

repot ketua mata2 oleh cik indie at 9:31 PM 2 repot dari mata2

tik tok tik tok. setiap hari dok bilang hari. setiap hari tunggu fon bunyi, call dari 'mereka'. tapi still senyap sunyi. kalaulah diorang ni tau yang saya nakkkkkkkkkk sangat diorang call saya hanya untuk dengar 'hi. is this intan? i am calling from _____________. i wonder if you are available for an INTERVIEW on bla bla bla'. okay. sounds pathetic. sikit. yeah, for your information, I am dying for a new job! like seriously! *sigh*

Ramai dok tanya jugak kenapa nak tukar kerja. Lagi-lagi those yang tahu saya kerja kat mana sekarang ni. Nak cerita banyak-banyak kang, kalau ada orang printscreen post ni, mati gua beb. Pendekkan cerita, dah tak berapa gembira di sini, dan saya nak environment baru dan belajar benda baru. Dah 5 tahun kat sini. Kalau itu dikira sebagai usia manusia, dari bayi sampai dah masuk sekolah. Lama sangat dah.

To be honest, tiap-tiap hari saya bukak e-mail dengan harapan ada satu e-mail best. Dan e-mail daripada jobstreet dan JenJob antara yang saya harap setiap pagi. Kalau line 'clear' sikit, bukak website jobstreet pulak. Nak tengok samada dah ada orang view application, nak tengok status application and so on. Memang happy kalau angka selepas 'view' tu adalah selain dari 0. Dapat 1 pun jadikla. Sekurang-kurangnya saya tahu company yang saya applied tu dah view CV and application saya. Tapi nak dapat view tu pun susah gila wooooooooo.

But then semalam, pagi2 dapat call yang dinanti2. Satu company call for an interview next week. YIPPIEEEEEEEEEE :D walaupun just interview, tak komfom pun lagi dapat ke tak, tapi, untuk orang yang dah applied kat 73 companies yang 99% tak de respon, itu je dah bikin gua happy beb. sangat. oops, lupa nak cakap, tu ari dah pegi interview kat Johnson Suisse & Maxis kat KLCC. Tapi, cam tak dapek yo. tsk. Tapi saya optimis bab2 kene rejek nih. Allah tau apa yang terbaik buat kita. So, mungkin kalau saya kerja kat sana, saya mungkin tak leh handle pressures or ada colleague yang tak best or so on. Takdelah sedih sangat kalau tak dapat.

Oh. Lupa nak cakap tadi. Dalam saya dok percaya status kat jobstreet yang tak ada orang view application saya tu, company yang call saya semalam tu kalau saya cek kat jobstreet, it seems like dorang tak view lagi application saya. So, semalam saya belajar bahawa, info kat jobstreet not necessarily accurate. Kalau it shows 'view: 0' tak semestinya diorang tak tengok lagi CV or application korang ye.

Cerita tentang jobstreet, saya ada cerita menarik pasal jobstreet nih. 5 years back, sekitar bulan Jun 2005, saya dapat call daripada kawan saya yang ketika itu kerja di mana saya kerja sekarang ni. Waktu tu pulak, saya baru je start kerja di sebuah audit firm kat Taman Desa. First day kerja pada 6.6.05. Tu memang first job ever after grad. Alhamdulillah gak saya tak amek masa lama untuk dapat kerja. Apply terus dapat. Tapi dengan gaji bulanan RM900. Gila rendah. Dahla masa tu saya dok Shah Alam. Portion gaji one third bagi kat transportation.

Balik kat cite kawan saya tadi tu. Satu hari, dia call mintak tolong. Saya tanya apasal. Dia cerita yang dia dah kantoi dengan anak bos dia masa dia tengah sibuk surf jobstreet. Anak bos kemudian report kat omak dia yang masa tu bos besar. Esoknya, bos besar jumpa kawan saya personally dan berkata ' Cik XXX, kalau awak dah tak berminat lagi kerja kat sini, awak boleh cepat-cepat berhenti, ada ramai lagi orang nak kerja kat sini' something like that. Maka, terkejut beruk la kawan saya dan dengan spontan dia berkata ' oh, saya carikan untuk kawan saya'. Lepas bos besar dia dengar camtu, bos besar dia telah mengarahkan dia untuk suruh 'kawan' dia tu hantar resume. Dan ketika itulah dia menjadikan saya sebagai 'kawan' yang dia maksudkan tu.

Mula-mula niat saya memang nak tolong dia je. Hantar CV via e-mail. Dan-dan HR dia terus fix appointment for interview. Saya tetap juga melayankan drama swasta itu, sampai the point yang saya betul-betul pergi interview tu dan terus diterima masuk. Mak aih. Senang betul. Kebetulan gaji kat yang diofer masa tu memang jauh lebih tinggi. Komfom saya terima. Maka berakhirlah episod saya sebagai audit assistant pada 6.8.05.dan bermulalah episod saya sebagai 'kerani-kerja-keras-tapi-bos-tak-perasan' pada tarikh 8.8.05 hingga kini. Sumpah. Sampai bila-bila takkan lupa asal usul saya dapat kerja ni. :)

Okaylah. Siapa ada lubang kerja kosong bidang akaun nih, roger-roger la saya ek. Kalau kot-kot sangkut ke apa, boleh la belanja Big Apple ke apa. Ceh. :P

Pencari Kerja Lain,

Cik Indie
xoxo

Saturday, May 15, 2010

Manfaat Surah Alam Nasyrah & Petua Mendapatkan Anak

repot ketua mata2 oleh cik indie at 1:03 PM 0 repot dari mata2
MANFAAT SURAH ALAM NASYRAH

Sebentar tadi saya selesai menonton Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Hanafi Abdul Malek (cuba cari profile FB beliau, tapi tak jumpa). Tajuk menarik untuk hari ni - ANAK ANUGERAH ALLAH. Topik yang saya kira sangat relevan memandangkan senario keruntuhan sosial dan cabaran-cabaran keibubapaan dalam membesarkan anak-anak.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan konsep pendidikan berlandaskan agama adalah yang terbaik dan juga penyelesaian untuk 1001 macam permasalahan sosial. Semoga sahabat-sahabat dan mungkin saya juga (jika diizinkan Allah) mampu menjalankan amanah ini berlandaskan apa yang seharusnya bagi memastikan generasi akan datang, adalah generasi yang terpelihara dari 1001 macam cabaran masa kini.

Okay, saya sebenarnya nak kongsi beberapa ilmu yang saya peroleh sebentar tadi.

1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? ). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.

2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah ( yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.

3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bhgn pinggul dan pinggang.

4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4]Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.

Tafsiran seterusnya surah Alam Nasyrah:

[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

PETUA MENDAPATKAN ANAK

Menurut Ustaz Hanafi Abdul Malek, bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan anak, minum segenggam kurma yang dikisar bersama segelas susu kambing. Sekali seumur hidup juga sudah mencukupi.

Selain itu, amalan makan 7 biji kurma dan susu kambing juga memberi banyak manfaat untuk kesihatan.

Selamat mencuba & maaf kalau saya ada tersilap di mana-mana.

:)


 

| akustika jiwa raga | Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez