Monday, May 11, 2009

Perihal Ibuku yang Hebat, Bakal Ibu, TV dan ASTRO

repot ketua mata2 oleh cik indie at 10:36 AM
Cey, ye ye o je ayat aku. :P

Before that, rasanya belum lagi terlewat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu-ibu yang hebat atas dunia ni. Terutamanya, ibu aku yang paling hebat, macam superwoman, ROSNAH BINTI HJ. DAUD. She really amazes me in every ways. Ya, nobody perfect, tapi dia hampir sempurna untuk kami semua. Dan sepanjang 27 tahun aku melihat dia di atas dunia ni, aku rasa, dia memang betul-betul tabah menghadapi jutaan cabaran sebagai seorang isteri, ibu, anak dan menantu. Kadang-kadang aku rasa aku tak mungkin mampu jadi seperti dia. Besarkan 7 orang anak yang bermacam ragam, macam-macam konflik dengan mentua dan ipar duai, juga asam garam hidup suami isteri. Sebut je apa, aku rasa dia dah lalui. Tapi, semua dilalui dengan tabah.

Bila diingat-ingatkan, aku rasa kalau cerita tentang apa yang ibu lalui sepanjang dia menjadi isteri, ibu dan menantu, aku rasa cerita IBU MERTUAKU pun boleh kalah. Dan aku yakin, ramai wanita yang tak mungkin sekuat ibu untuk terus memberikan madu walau dibaling jutaan batu. Aku sendiri rasa aku tak mungkin seperti ibu. Sebab tu, aku memang totally against staying dengan mentua. Especially jika kita menantu perempuan.

Tapi, kata orang, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Sooner or later, memang kita dapat balasan atas apa yang kita dah lakukan. Dan kesabaran memang ada harganya. Segalanya memang terbukti dengan jelas. Orang yang paling dibenci, kini dah jadi orang yang paling dirindu. Orang yang paling selalu dicaci maki, kini dah jadi orang yang sering disebut-sebut. Orang yang paling dibangga-bangga, kini yang buat kau sengsara. Hidup memang bagaikan roda. Dulu kau di atas, sekarang kau di bawah. Segalanya bergantung kepada apa yang kita dah lakukan selama ni. Dan untuk ibu yang memang super penyabar, dia dah nampak apa hasilnya. Dan aku tumpang gembira untuk dia.

Apa-apapun, untuk ibu yang sangat aku sayang hingga tak mampu untuk aku ucapkan dengan kata-kata.. Jika boleh aku gantikan nyawa sendiri sebagai galang ganti untuk kau terus hidup dengan lebih lama.. aku sanggup! Kerana, aku rasa lebih ramai yang perlukan ibu dan akan sengsara jika ibu tiada berbanding jika aku tiada. Akan aku lakukan apa sahaja agar dia bahagia. Dan tak pernah sekali pun aku lupakan dia di dalam doa-doaku. Semoga Allah terus mengasihani ibu sebagaimana dia mengasihani aku sewaktu aku kecil. Semoga dia terus sihat sejahtera dan tenang. Dan semoga aku terus mampu menjadi anak yang mampu membahagiakan dan memberi senyuman dibibirnya. Amin..


Bundaku yang berbaju coklat. :)
Yang berbaju hijau: maklong. Aku doakan maklong akan sembuh. Dia kini terlantar akibat strok. Doaku agar dia terus kuat s
emangat.


Okay, hal seterusnya. Aku kini hampir 4 bulan hamil. 3 bulan pertama, kurang muntah-muntah. Ada la sekali kot, the rest tu just mual. Tapi, after third month, dah beberapa kali aku muntah. Urghh.. bila nak habis ni?? Should be stage ni dah berakhir. Tapi, nampak gayanya belum lagi la. Macam baru nak mula pun ya. Sayang, doakan ibu. Ibu tak suka perasaan ni. =( Aku juga agak risau kerana aku rasakan perut aku macam tak membesar. Serius, aku risau ni. Hujung bulan lepas, aku check up di klinik kesihatan batu 9. Kak misi tu cakap, normal la sebab aku kurus. Dek kerana fishy, ibu aku pun suruh aku cuba meniarap. Kalau2, aku dapat rasakan heartbeat baby or any sign. But, nothing. Aku yang tak reti ke, atau memang memang aku tak rasa. Even bila aku cuba merasanya dengan meletakkan tangan di bawah perut pun, aku tak rasa apa2. Hopefully, dia masih ok dalam kandungan aku. Tak sabar nak check up di KPMC, Kajang sabtu ni. Nak scan. Korang doakan ya. :)

Oh ya.. Alhamdulillah, aku dah beli sebiji tv untuk gantikan tv 16" yang dah tak ada kaler dan boleh jadi akuarium tu. Sebenarnya, bukan niat nak beli sangat pun, tapi since ibu ada kat rumah sekarang, aku kesiankan dia. Kalau dia sorang-sorang waktu aku kerja, takkan la dia nak tengok tv kecik aku yang takde kaler tu. Dahla xclear sangat. Astro pun tarak. So, kebetulan tu hari, aku nampak ada promotion tv 21" jenama Pensonic. RM360 kalau tak silap. Okay la dengan kemampuan aku. Kalau tak beli sekarang pun, sure aku akan delay sampai bila pun tak tau. Memang macam dah outdated nak beli tv macam tu. Ye la, zaman sekarang, semua orang gilakan Plasma TV and LCD TV. Tapi, kalau asyik nak ikut orang, aku boleh pokai agaknya. So, setelah mengukur baju di badan sendiri, aku puas hati untuk beli tv tu. Ok sangat dah, berbanding tv lama kami.

Kemudian, terfikir nak 'upgrade' dengan pasang astro. Kawan aku, Laha, baru pasang gak kat rumah dia. Installation kena RM80. Family package yang RM37.95. So, aku tanya dia how, dia kata dia ada ternampak kat TESCO kajang ada promotion lagi murah. Installation just RM50. Aku kata okay gak. Bulanan pun tak mahal. Tapi, since aku memang bukan jenis penyabar, if nak something, nak dan dan tu jugak, aku buat survey sendiri kat internet. Survey punya survey, aku jumpa beberapa advertisement. Yang first, installation RM50. Yang second, installation RM30. Mula-mula aku sms mamat yang first tu, dia balas nak tak nak je. Bila aku tanya dia bila boleh datang install, dia kata 5 working days. Mak aih, terkejut la aku. Apasal lama na? Aku tanya mamat tu balik, Lamanya? Tak boleh awal lagi ke bang? Dan dia dengan kerek gila membalas ' Buat ni bukan macam nak beli prepaid, bayar terus topup, saya kena deal dengan banyak pihak, kalau nak tahu sangat, call saya terus la'.. Hmm.. dengan kau balas msg aku macam tu, ingat aku ada hati la nak deal ngan kau lagi. Tolong sikit. Sengal!

Then, aku proceed dengan second number. Tho aku agak fishy gak kenapa murah sangat RM30, sedangkan ada orang kena sampai RM80 just for installation, tapi aku tanya gak la mamat tu berulang kali. Dia layan gak aku yang banyak songeh ni. Ye la, aku takut gak kot2 ada hidden charges. Tau2 je, kat bil aku ke, or masa lepas install tu aku kene bayar extra charges ke, tak ke teraniaya aku ni. Tapi dia convince yang aku hanya perlu bayar RM30 dan installation within 2 days. Aku confirmkan dengan dia untuk install, hari khamis lepas. Jumaat pagi, aku dapat msg dari astro yang installation dah assingned to installer. Aku call installer tu, dia kata if sempat, petang tu gak dia datang, kalau tak sabtu pagi. Then, sabtu pagi tu, dia datang untuk install dan memang benar bayaran cuma RM30 untuk family package RM37.95.

Aku memang sengal sebab main amek pakej tu tanpa tahu apa isi kandungannya. Bila aku nak bukak National Geographic, tapi dia kata aku xsubscribe, baru aku discover yang pakej tu tersangatla basicnya. Setakat untuk orang yang taksub AF nak angkat astro pun sebab AF, boleh sangatla. Tapi, untuk aku yang bukan kaki AF, pakej ni memang bukan yang bakal memberi faedah untuk aku. So, survey kat internet lagi, aku decided untuk upgrade dengan tambah learning pakcage yang ada National Geographic, Discovery Channel, etc dan variety package yang ada Channel V, MTV, etc. Kelakarnya, mula2 aku dan incik suami berkira-kira nak amek channel untuk kanak-kanak yang ada playhouse disney, etc tu, tapi, fikir2 balik, siapa je la yang layan benda2 tu? Dan memandangkan, later on, kita boleh change bila kita nak, aku decided untuk pick Learning & Variety. So, total sekarang ni dah tambah lagi +- RM10 jadi RM49.95. Okay la. Dah ada baby nanti baru give up variety, tukar dengan rancangan2 kanak2 riang tu semua. :)

Oh. Macam kampungan kedengaran ya? Sukahati la.. Tapi, the main reason tak pakai astro dulu pun sebab tak berbaloi dengan tv lama tu. Dan aku rasa, aku tak banyak pun masa tengok tv. Tapi, fikir2 balik, aku dan hubby sebenarnya sangat homey. Jarang gila keluar2 lepas kawen. So, insyaAllah, tak membazir kot. Dan aku fikir2, ada channel2 yang bagus untuk learning (nama pun learning package). Takdela minda tak berkembang asyik buat benda yang sama setiap hari. Dan semalam, aku sangat teruja tengok IN THE WOMB & SCIENCE OF BABIES. At least, I am not paying the bill for nothing. :)

Okay then,

1. Hargailah ibu anda sementara mereka masih ada. Tak kira ibu kandung, angkat, tiri atau mentua.

2. Learning is never ending process. So, ambillah peluang bila ada.


Salam Sayang,
Cik Indie

2 repot dari mata2:

Joyah Sempoi on May 11, 2009 11:47 PM said...

cik indie...hhmmmm...first baby mmg kita excited dan risau sangat if something goes wrong but insyaAllah everything gonna be fine.....

pasal gerak baby, ada orang dah 6 bulan pun masih tak rase lagik tp bila check up, dr kata okay...so dont worry kay...take care..

cik indie on May 13, 2009 8:25 AM said...

pn. joyah,

tq so much.. aku mmg patut dgr nasihat daripada org yg ada pengalaman mcm ko.

:)

Post a Comment

lepas stalk, aku rasa...

 

| akustika jiwa raga | Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez