Rasanya aku sangat kurang membuat entri berkaitan dengan pengalaman kehamilan aku sendiri. Actually, bukan tak ada apa nak cerita. Banyak! Serius. Tapi, aku memang mengaku, aku tersangatlah malasnya nak menulis. Idea ada, tapi kudrat tu yang tak ada.
Okay, untuk yang baru tahu, ini adalah pengalaman kehamilan aku yang pertama. Don't know what to expect. Tapi, alhamdulillah, ia tidak seteruk macam sesetengah orang lain alami. I mean, the morning sickness part. The part that all the mummy-wannabe hate the most. Alhamdulillah, aku rasa aku hampir tiada morning sickness. Bukan tak ada langsung, but sangat kurang. Kalau totalkan, tak lebih 10 kali vomits. (tu kira banyak ke sikit eh? sikit kot)
Itu, hal morning sickness. Kemudian, ini hal mengidam. Mengidam sangat sinonim dengan perempuan mengandung. Dan, sekali lagi, alhamdulillah, rasanya aku tak pernah lagi mengidam makanan yang susah nak dapat atau the worst, yang haram. Seingat aku, masa early stage tu hari, aku hanya teringin nak makan mee goreng ibu aku masak. Then, ada mengidam nak makan coklat which was recently. Then, last week, rasa nak makan sup cendawan campbell. Tho I ain't no big fan of them. If kau dah tahap craving, benda kau tak berapa suka pun, kau boleh mengeliat anak tekak teringin nak makan, okay.
So, dipendekkan cerita, malam tadi sup cambell yang aku beli dah habis. Tapi, tekak memang rasa sangat nak makan. Cecah roti gardenia. Lazat beb. Nak jadi lebih mengada-ngada lagi, tekak aku juga rasa nak makan aiskrim perisa mangga. Dear husband pernah beli dulu, brand Magnolia. Sedap gila weh. So, malam tadi, kesimpulannya, aku nak dua benda, sup cendawan campbell & mango flavored ice cream. Lalu, aku merayu pada cik abe untuk gi beli gak. Econsave dekak jah be... (dialek kelate). Lalu, dia pun pergi. :)
Lepas dia pergi, aku terfikir, ada jugak dia beli sup ayam ni kang, padahal aku da sebut sup CENDAWAN. Dan aku juga terbayang, betapa remuk redam hati aku kalau dia salah beli. Huhu. Tunggu punya tunggu, dia pun pulang. Dengan ekspresi tidak meyakinkan, dia cakap 'b, tak adalah', lalu menghulurkan plastik econsave berisi roti gardenia dan sup AYAM jenama VONO pada aku. Dan........... part dramatik si drama queen aku pun bermula. Dengan tidak dipaksa-paksa, kalah peserta anak wayang, aku terus menangis macam anak kecil yang tak dapat aiskrim. 'Bebe dah cakap nak sup cendawan.. mushroom'. Menangis (bukan meraung ya) sambil mengempaskan badan ke sofa. Cik abe tak terkomen, dan cuba mem'back up' diri dengan bagi alasan, dia dengar aku sebut Chicken. What? Macamana aku sebut MUSHROOM dan dia boleh dengar CHICKEN?? Boleh kau eksplen logiknya di situ? Wah, aku sangat kecewa, dan menangis.
Tak tau kenapa, aku tau memang drama queen, tapi semenjak kandungan dah cecah 5 bulan, aku memang sangat sensitif. Cepat terusik, cepat terasa hati. Dan, kerana sup cendawan campbell, aku telah menangis beria-ia. The worst part, cik abe, tak pujuk pun. Waaaa!!!! Dia just kata esok dia beli 10 kotak. huhu.. bengang gaknya dia. Tapi, perasaan mengidam ni susah nak eksplen. Serius weh. Aku lagi bengang, sebab memula dia cakap dah habis, which is tak logik sebab aritu aku tengok stok banyak lagi. Kemudian, dia admit yang dia salah dengar. So, lepas menangis 5 minit camtu tak ada orang pujuk, aku pujuk diri sendiri je la. Tu pun rasa nak merajuk, nak tidur terus. Aiskrim pun tak ada. Apa pun tak dapat. Lalu, aku angkat beg plastik gardenia nak letak atas meja, before nak merajuk masuk tidur. Tiba-tiba, nampak ada tupperware ice cream kat bawah roti. :)))))))) Lap air mata, senyum sorang-sorang. Rasa nak tergelak pun ada. Sengal. Tu pun nak nangis.. Hahahaha.
Cik abe yang tadi dah malas nak layan aku, capai pinggan nasi nak dinner. Aku memang plan tak nak makan nasi sendiri. Nak suruh dia suap. Bukan selalu macam ni. Tapi malam tadi, memang nak mengada-ngada ekstra sikit dengan dia. Dia act like nothing happened dan duduk tepi aku dengan pinggan nasi. Dengan muka tak berapa nak malu dah nangis dan buat aksi drama queen, aku berbisik, 'boleh suap bebe tak?'.. *agak malu sebenarnya. Cik abe suruh tambah nasi, aku tambah nasi dan lauk, dan kami makan bersama. Dia suap aku nasi, dan aku suapkan dia aiskrim mangga. Lalu, secara spontan, air mata untuk sup cendawan campbell telah kering sendirinya. Lepas tu, aku dan cik abe sayang dah okay macam biasa. Kelakar.
Malam tadi, sebelum lelapkan mata, aku berdialog dengan dia tentang hal kami as parents. Exciting and terrifying as well. Then, aku tiba-tiba terbayang waktu aku berpantang di kampung nanti. Sure, dia tak ada di sisi aku 24 jam. Sure, dia tak ada untuk aku peluk bila tidur. Sure, dia tak ada untuk aku manja-manja. Dan, sekali lagi, air mata aku mengalir. Belum alami, tapi aku dah tau macamana rindu aku nanti ada dia. Ya, aku selalu request daripada dia untuk bercuti seminggu dua untuk berada di samping ibu, ayah dan adik-adik. Tapi, aku juga perlukan dia dan of course sayang dia amat. Untuk berada jauh dari dia ketika aku berpantang, entahlah, tamau fikir. Dah sedih dah. :( Aku suruh dia balik every weekend. Kalau perlu cuti, tolonglah cuti.. Bebe sure rindu abe sangat2.. Sure.. T.T
Hmm. Untuk kamu-kamu semua, emosi ibu hamil bukan gimik atau drama ya. Memang betul. Sangat sedih. Sangat sensitif. Jangan pandang enteng. We are fragile, handle us with care.
Oh ya. Sabtu lepas dah scan, maybe baby GIRL. (Shrek, sure kau suka. Bunny, next try okay). Sebelum mengalami benda ni, aku selalu berangan nak baby girl. Tapi, angan-angan tu memang 100% tukar lepas aku hamil. Sebab, sepanjang aku hamil, aku hanya terbayang baby boy. Nama pun dah ada. Tak tau kenapa. Dan lepas Dr. informed yang baby aku girl. I wasn't prepared at all. Tapi, kata orang, banyak kes gak yang dapat tahu girl, tapi keluar boy. So, the best, tak payah beli barang baby terlalu ikut warna. Girl or boy, ibu tak kisah ya sayang... :)
Okay semua. Have fun. Don't be notty.
Love,
Cik Indie.
Love,
Cik Indie.





4 repot dari mata2:
ibu indie, byk songeh jugak ye kalo time pregnant nih. uhuhuh
sabor la yer.
btw, ade award untuk ibu!!
em...morning sickness yg teruk adalah sgt tak best..huhu..tp gagahkan diri..
aku nak bebi boyyyyy
nak??
em, saya rasa anda perlu beristeri untuk itu, en. bani.
:P
Post a Comment
lepas stalk, aku rasa...