Friday, June 5, 2009

Macamana nak face kematian ayahanda sehari sebelum hari bahagia kita?

repot ketua mata2 oleh cik indie at 11:53 AM
Tentu terlalu sukarkan? Ya. Aku juga merasakan hal yang sama. Kematian ibu bapa atau saudara mara terdekat adalah kenyataan yang aku rasa aku paling sukar nak terima dalam hidup.

Takziah buat saudari Nur Ashikin Abd Latif. Dia sahabat aku dari zaman aku muda remaja kat matrik Negeri Sembilan, UiTM hingga sempat kerja satu ofis kat sini. Hingga kini pun, kami masih baik.

Esok, sepatutnya hari paling bahagia buat dia. Dan aku, dan rakan2 yang lain dah rancang untuk ke majlis dia. Dalam fikiran aku pun dah terbayang kegembiraan hari esok, sebab kami dah lama tak jumpa. Dan, jika semua geng aku datang esok, maka esok akan jadi hari gathering kami setelah bertahun2 tak jumpa semua. Ada dalam 8 orang semua. Ada yang dah married, ada anak, dan yang single mingle lagi pun ada.

Pagi tadi, aku terima sms daripada Haida, informed yang ayah Shikin dah menghembuskan nafas terakhir subuh tadi. Serius aku terkejut. Semua kawan-kawan2 yang tau, terkejut. Ayah Shikin memang tak berapa sihat. Tak silap aku dia ada diabetes. Dan mungkin serangkai penyakit2 lain. Lepas Laha call Shikin pagi tadi, kami dapat tahu yang ayah dia meninggal kerana sesak nafas. Allah lebih sayangkan dia. Cuma, segalanya rasa sukar kerana ia terjadi sehari sebelum Shikin bernikah.

Kesian Shikin, dia menangis dan buntu mengenangkan majlis esok. Kalau aku di tempat dia pun, tentu aku pun tak boleh nak fikir apa2. Apatah lagi segalanya dah siap, tunggu nak nikah je.

Macamana nak senyum depan orang ramai? Macamana nak nampak bahagia dalam gambar?

Tak dapat aku nak bayangkan.

Petang ni, insyaAllah aku dan Laha akan melawat dia. Aku doakan dia betul2 kuat dan tabah. Sebab aku tahu dugaan ni memang sangat kuat. Menghadapi kematian seorang bapa shj dah begitu mencabar, apatah lagi sehari sebelum kau kawin kan?

Shikin @ Mak Ikin,

Harap mak tabah dan kite doakan majlis mak dan segala2nya berjalan lancar. InsyaAllah. Amin.

Takut kehilangan ibu ayah,
Cik Indie

3 repot dari mata2:

eppoo on June 8, 2009 10:58 AM said...

sedih nye,,
epu xleh imagine camne die berhadapan dengan dugaan tu,
arap2 die tabah.

m@Ri@ on June 9, 2009 1:07 PM said...

kalau terjadi kat maria serius tak tau nak buat ape..ya sy sgt takut kehilangan ibu bapa sebelum sy betul2 ready utk terima kenyataan itu..apepun semoga kwn cik indie tabah menerimanya..n harap die masih tersenyum d hari bahagia die..hanya doa n alfatihah mampu maria kirimkan..

cik indie on June 9, 2009 1:17 PM said...

eppoo & Maria,

Alhamdulillah, majlis beliau berjalan lancar. Walau saya dapat lihat ada sedikit kesedihan dalam senyum beliau. Namun, saya tetap kagum dengan ketabahan beliau dan act like nothing happened.

notes;
Suka sangat tengok pelamin dia and mekap dia. cantik!

Post a Comment

lepas stalk, aku rasa...

 

| akustika jiwa raga | Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez