Sudah tiga bulan tidak berbelog. Lamakan? Sungguh. Saya malas. Yang Amat. Kemudian, beberapa bulan lepas, blog adik saya glamer kejap tentang artikel beliau tentang AJL & Illuminati. Memandangkan beliau ada letak link blog saya di blog beliau, jadi saya akhirnya ambil keputusan untuk privatekan sahaja blog saya. Saya tak mahu ada orang judge adik saya berdasarkan entri-entri tak menentu kaklongnya yang seorang ini. Saya rasa itu tidak adil untuknya.
Berbulan selepas itu, saya hampir terlupa yang saya punya blog. Saya lebih senang dengan menjawab what's on your mind daripada menulis berjela-jela di sini. Hinggalah beberapa hari lepas, seorang teman tiba-tiba bertanyakan tentang pem'private'an blog saya dan minta akses. Esoknya pula, macam pakat-pakat dua orang yang lain pulak yang bertanya. Sungguh. Kalau tak kerana orang yang bertiga ni, tak tau bila pulak yang saya akan kembali untuk menulis panjang-panjang yang macam ni. Saya dah terfikir nak tutup blog pun ya.
Yang penting, saya punya satu keazaman dalam hati. untuk berkongsi lebih banyak perkara positif dan ilmu dengan semua orang. Harap bolehlah tunaikan.
TERJEMAHAN SURAH AL ’ASR
(MASA)
SURAH INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 3 AYAT.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
Okay,
Adios Amigos!
Wednesday, March 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 repot dari mata2:
Post a Comment
lepas stalk, aku rasa...