Tuesday, December 14, 2010
Diari buat Rafeeq #1
28/11/2010, Ahad - Hari terakhir Parents & Baby Expo di Midvalley. Memang teringin sangat nak pergi sebab ada banyaaaaaaaaaaak benda tak beli lagi untuk dear Rafeeq. Masa ni Rafeeq dah almost reach 8 months dalam perut umi dia. Kalau tunda lagi beli barang, tak tau larat ke tak nak berjalan. Lagipun kat ekspo la tempat nak beli dengan cara paling efektif kos sebab harga barang sangat murah dan semua boleh dapat at one place. Hari tu ajak encik suami pergi, tapi dia tak nak. T.T Dia kata tunggu gaji which is the following week. Sedih sangat, dah nangis dah pun. (benda macam ni pun boleh nangis kan? maklum la, orang mengandung kan sensitif). So, today, pujuk lagi encik suami untuk pergi. Alhamdulillah, dia akhirnya setuju nak pergi. Lepas sarapan, kami terus siap-siap ke Midvalley. Mood dalam hati? Happy dan berbunga-bunga eksaited. Tapi tak tunjuk sangat, takut encik suami nyampah tengok. LOL.
Sampai tingkat atas tempat ekspo, masyaAllah ramai sungguh umat manusia. Preggers pun ramai gila. Kalau berjalan, berlaga bumps la jugak. LOL. So, lepas round semua kami akhirnya berjaya bawak balik:
1. Playpen (sangat murah)
2. Car Seat
3. Breast Pump - I actually wanted to buy AVENT, but since we have a very limited budget, my husband convinced me to pick the electric pump from LITTLE BEAN. I never thought of buying this brand before as I never heard any mom recommends this brand in any BF forum on the net. But, since the cost is far way cheaper than other famous brand, I finally agreed hoping that it can work wonders.
4. Sterilizer & Warmer - LITTLE BEAN
5. CD - Autumnz. Very cheap as well. Recommended by my friend as she bought it earlier on. I bought 3 pieces for trial and hoping that my lil' son will have no problem with 'em. If he is okay with 'em later, I will surely add up my collections. CDs are very eco friendly, and won't cost a big hole to your pocket. (Yes, initially, but it will still worth it for the long term compared to the disposable diapers).
6. Feeding Bottle - AVENT. Yang ni memang sangat murah. 2 botol kecil dan 2 botol besar for RM180. According to the promoter, it normally cost RM240. (betul ke?)
7. Nursing Bra - Autumnz
8. Milk Storage Bottles - Mom's Little One @ MLO
Basically ni semua barang-barang yang dah beli masa kat ekspo plus beberapa barang-barang toiletteries yang beli di Jusco. I am super excited! :D Tapi sebab letih sangat berjalan dan carry beg shopping, balik rumah terus flat. Pinggang rasa nak tercabut sangat-sangat. Balik petang tu, tak larat dah nak masak. Rasa nak massage je. Husbang tapau je kat luar. Sian kat saya yang kepenatan. :)
Konklusi - hari ni hari yang menggembirakan walaupun ummi hanya beli nursing bra je untuk ummi. Itupun untuk keperluan Rafeeq. Semuanya tentangmu anakandaku. :) I really wish that I can BF my lil' son exclusively until he turns two. May Allah ease this for us and allows this to happen. Amin.
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan". (Al-Baqarah 2:233)
Salam sayang,
Bunda Indie.
Categories
Diari Buat Rafeeq,
Pregnancy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





2 repot dari mata2:
sambung kak. tak sabar nak baca. :)
insyaALLAH cik indie..dont worry u can bf ur rafeeq..doa byk2 k..
Post a Comment
lepas stalk, aku rasa...